Wednesday, January 14, 2009

Sugar Cookies

Bahan-bahan Untuk Cookies

1 cawan mentega (dibiarkan ke suhu bilik)
1 cawan gula kisar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan whipping cream

Cara
1. Putar mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan gula kisar, dan putar lagi sehingga bebetul kembang.
2. Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla. Putar lagi hingga kembang. Ketepikan adunan.
3. Ayak tepung serba guna dan baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi, berselang seli dengan whipping cream. Uli sehingga menjadi doh.
4. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di peti sejuk selama kira-kira 2 hingga 3 jam, atau sehingga doh agak mengeras.
5. Panaskan oven dengan suhur 175'C. Letak kertas minyak di atas dulang pembakar, atau oleskan dengan marjerin/mentega.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk dan canaikan sehingga kira-kira setebal suku inci. Cetak doh dengan acuan yang disukai. Letakkan doh yang telah dicetak di atas dulang pembakar. Jarakkan kira-kira 1 inci di antara doh cookies.
7. Bakar kira-kira 12 hingga 14 minit di dalam oven, ataupun sehingga bawah dan tepi2 cookie berwarna agak keperangan. Alihkan daripada loyang pembakar dan sejukkan di atas jaringan.

Bahan-bahan Untuk Sugar Cookies Icing

2 cawan gula icing
8 sudu teh susu
8 sudu teh light corn syrup
1/2 sudu teh esen badam (almond)
pelbagai pewarna makanan

Cara
1. Gaulkan gula icing dengan susu sehingga rata.
2. Masukkan light corn syrup dan esen badam dan pukul sehingga icing menjadi halus dan berkilat.
3. Sekiranya icing terlalu keras, campurkan lagi light corn syrup (sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki)
4. Bahagi2kan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut suka.
5. Lukiskan icing pada cookies yang telah disejukkan tadi.

** Pastikan cookies telah bebetul sejuk sebelum dilukis. Jangan jadi macam saya, tak sabar-sabar nak lukis, habis kembang gula icingnya :D

2 comments:

Ahmad Javanese said...

mak cik
aku nak promo kat kawan2 aku kat mailing list
ok no?

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

pakcik...ko nak promo apanya? blog nih ke?