Saturday, December 6, 2008

Ikan Stim Ala Hong Kong

Bahan-bahan
Ikan
Garam
Serbuk lada hitam
Bawang putih (dimayang)
Halia (dimayang)
Minyak zaitun
Kicap masin
Lada benggala merah (mayang halus)
Lobak merah (mayang halus)
Brokoli

Cara-cara
1. Lumurkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa pada ikan.
2. Sumbat sedikit bawang putih dan halia di mulut ikan, dan taburkan selebihnya di atas ikan.
3. Kukus ikan selama 15 hingga 20 minit. (Bila mata ikan dah putih, maknanya ikan dah masak). Ketepikan.
4. Panaskan minyak zaitun. Masukkan lada benggala merah, lobak merah dan brokoli. Kacau seketika kira-kira satu minit. (Lebih lama kalau suka sayur masak, dalam kes saya, saya suka makan sayur yg separuh mentah dan rangup)
5. Masukkan kicap masin secukupnya. (Kira-kira 5 sudu besar).
6. Matikan api. Ambil kuah kicap itu dan tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.
7. Hidangkan.

Wednesday, December 3, 2008

Rou Daging Bakar

Resepi berinspirasikan rancangan masakan Guy Fieri di Food Network channel. Tapi dah diubahsuai mengikut citarasa oriental.

Bahan-bahan
Daging (potong besar-besar)
Bawang besar (potong kiub besar-besar)
Halia (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Celeri (potong kecil-kecil, dlm 5mm)
Kentang (potong besar-besar)
Cendawan butang (dihiris kasar)
Stok daging (lebih kurang 500ml)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk halia
Sedikit serbuk paprika
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak zaiton

Cara-caranya
1. Panaskan minyak zaiton.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging. Gaul rata. Biarkan seketika dalam seminit dua.
4. Masukkan celeri, cendawan butang dan kentang. Gaul rata.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk halia, serbuk paprik. Kacau-kacau lagi.
6. Tambahkan stok daging. Gaul dan rasa sedikit. Jika perlu, tambahkan garam.
7. Masukkan sedikit tepung gandum. Gaul rata.
8. Tuang ke dalam pan bakar dan masukkan ke dalam oven.
9. Bakar dengan suhu 180'C selama kira-kira 1 jam 30 minit.
10. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau roti atau pun diratah begitu sahaja.