Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Kek Lightning McQueen

Celebrated Harith's birthday last Saturday. Baked chocolate moist cake. Bakar dalam character pan McQueen yang dibeli khas ketika di L.A. Guna buttercream icing untuk hiasan. Huruf-huruf Happy Birthday dibuat daripada fondant yang diadun daripada Wilton's Sugarpaste Mix, menggunakan pencetak huruf, juga daripada Wilton.

Thursday, November 6, 2008

Kek Barney

Hari ni ialah hari jadi anak dara tersayang, Nur Hannah Nadia. Semenjek dah agak2 pandai buat kek ni, teringin nak wat kek hari jadi sendiri. Maka, terhasillah Kek Barney nih..hasil kerjasama aku & hubby, hehehe..macam main pondok2 lak..kaler2 doh, pastu bentuk2kan. Barney ni is my Hannah's favourite show. Abang dia pun sama. Bila time lagu I Love You, memasing datang nak dok kat my lap sambil peluk & kiss nyanyi lagu tuh.

Resepinya aku guna kek chocolate moist tu je, pastu letak chocolate coat kat topping. Then hias dgn buttercream icing. Taburkan M&Ms sket2..hias dgn belon & pokok. Maka terhasillah kek Barney. Hannah cukup hepi dapat kek tuh.

Blueberry Cupcake

Bahan-bahan & Cara

Lebih kurang sama dengan vanilla cupcake, tapi campur sket dgn blueberry buat inti.

Royal Icing
Kali ni guna deco royal icing, baru nak belajor

Bahan-bahan
2 biji putih telur
4 cawan gula icing
2 sudu kecil cream of tartar

Cara
1. Pukul putih telur sampai betul2 kembang
2. Campur dgn gula + cream of tartar sedikit demi sedikit.
3. Pukul lagi sampai fluffy.
4. Bahagi2kan mengikut warna disukai.
5. Deco timeeee!!!

Kek Jagung

Bahan-bahan
120 gm mentega (disejukkan pada suhu bilik)
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kisar
2 sudu teh ekstrak jagung
2 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar campuran kernel jagung dan krim jagung

Cara-cara
1. Panaskan oven setinggi 180 darjah celcius selama 15 minit, api atas dan bawah.
2. Pukul mentega kira-kira 4 minit (sehingga kembang).
3. Masukkan gula kisar sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang dan fluffy.
4. Tambahkan ekstrak jagung dan pukul kira-kira 1 minit.
5. Masukkan kombinasi tepung serbaguna, baking soda, baking powder dan garam. Pukul selama kira-kira 4 minit dengan kelajuan medium.
6. Berhentikan mixer. Tambahkan campuran kernel dan krim jagung. Gaul rata.
7. Masukkan dalam acuan yang telah digris dengan mentega.
8. Bakar selama kira-kira 50 minit ataupun sehingga lidi yang dicucuk pada adunan keluar bersih.

Topping

Bahan-bahan Sapu Atas Kek
6 sudu campuran kernel dan krim jagung, dimasak atas api kecil dan dikisar.

Bahan-bahan Untuk Buttercream Icing
1/2 cawan vegetable shortening
120 gram mentega (disejukkan pada suhu bilik)
1 sudu teh ekstrak vanilla
2 cawan gula icing
3 sudu besar susu segar

Cara-cara
1. Pukul shortening dan mentega selama kira-kira 5 minit / sehingga kembang.
2. Tambahkan ekstrak vanilla. Pukul sebentar.
3. Tambahkan gula icing. Pukul selama kira-kira 3 minit dengan kelajuan medium.
4. Tambahkan susu segar. Pukul sehingga ringan dan fluffy.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berape jenis warna nak guna. Tambahkan warna yang disukai dan gaul rata.
6. Hias ikut kreativiti.

My darlings hero & heroin with their cake. Walaupun umminya decorate tak cantik pun, it means the whole world to them. It just melts my heart when they keep ooh-ing and ahh-ing the cake. The icing didn't last long...it succumbed to the little finger of Her Highness Little Princess Hannah

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan
2 cawan butter (disejukkan ke suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor (diayak)
3 biji telur
300 ml air sejuk (dari peti sejuk)
2 1/2 cawan tepung serbaguna (diayak)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecl bikarbonat soda (diayak)

Cara-cara
1. Panaskan oven setinggi 180 darjah celcius selama 15 minit api atas dan bawah.
2. Pukul butter sehingga betul2 kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang dan cantik.
3. Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi kira-kira 1 minit.
4. Masukkan serbuk koko. Pukul lagi kira-kira 1 minit.
5. Masukkan tepung gandum, baking powder dan bikarbonat soda sedikit demi sedikit. Pukul kira-kira 3 minit. Sambil itu kacau-kacau bahagian bawah dan tepi mangkuk.
6. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Pukul lagi dengan slow speed selama kira-kira 1 minit.
7. Griskan loyang pembakar dengan marjerin dan masukkan bancuhan kek tadi.
8. Bakar selama kira-kira 60 minit. Cucuk kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih, maknanya kek dah masak.

Topping (Cocoa Buttercream Frosting)

Bahan-bahan
1 1/2 cawan mentega (disejukkan ke suhu bilik)
3/4 cawan coklat masakan (dicairkan secara double boiler)
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan gula icing (diayak)
4 sudu besar susu Ideal
Chocolate rice

Cara-cara
1. Pukul mentega selama kira-kira 4 minit sehingga betul-betul kembang.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul selama kira-kira 4 minit lagi sehingga betul-betul sebati. Gunakan speed medium.
3. Masukkan coklat masakan yang telah dicairkan. Pukul rata kira-kira 2 minit. Sambil itu kacau-kacau bahagian bawah dan tepi mangkuk.
4. Masukkan ekstrak vanila. Bancuhan akan kelihatan kering sedikit. Masukkan susu Ideal sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga bancuhan nampak ringan dan fluffy.
5. Tutup bancuhan icing ni dengan kain yang telah dibasahkan sehingga bila tiba masa nak guna.
6. Tunggu kek tadi sejuk dan hiaskan ikut creativiti. Boleh taburkan coklat rice jika suka. Untuk kek saya ini, sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 8, tiba-tiba ada idea nak decorate lak, mula-mula ingat nak tabur chocolate rice tu gitu2 aje..hehe..

** Bancuhan icing bleh disimpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga 2 minggu. Pukul semula bancuhan bila hendak digunakan.

Vanila Cupcake

Ini percubaan pertama buat cupcakes dan hias guna icing. Hasilnya tak la cantik pun, tapi memandangkan 1st time, kira bangga la jugak

Vanilla Cupcake

Bahan-bahan
2 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) (diayak)
1 cawan gula (diblender dan diayak)
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji telur putih (bersaiz besar)
1/2 cawan shortening
1 cawan susu segar
2 biji telur (bersaiz besar)
1 1/2 sudu esen vanila

Cara-cara
1. Panaskan oven setinggi 180 celcius selama 15 minit, api atas dan bawah.
2. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
3. Selepas kembang, masukkan tepung, gula shortening, susu dan esen vanilla, dan pukul dengan kelajuan sederhana lagi selama 3 minit.
4. Masukkan putih telur dan telur, dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 3 minit, ataupun sehingga adunan menjadi smooth dan fluffy.
5. Letakkan acuan kertas di dalam dulang pembakar. Masukkan adunan tadi kira-kira 1/2 daripada acuan kertas.
6. Bakar selama kira-kira 20 minit ataupun cucuk lidi. Jika lidi keluar bersih, bermakna kek telah dimasak.
7. Keluarkan dari dulang dan letakkan atas jaring untuk disejukkan.

Topping
Saya buat 2 jenis topping sebab nak gembirakan anak bujang. Dia suka sangat dengan decoration pada cake.

Buttercream Frosting
Bahan-bahan
1/2 cawan mentega (telah disejukkan pada suhu bilik)
2 cawan gula icing
3 sudu besar susu segar
1 sudu teh ekstrak limau
1 sudu teh parutan kulit limau
sedikit pewarna kuning
sedikit manik berwarna-warni

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang
2. Campurkan susu, ekstrak limau, parutan kulit limau dan pewarna kuning.
3. Pukul sehingga fluffy.
4. Hiaskan di atas cupcake dengan bentuk putar (guna nozzle nombor 19) dan taburkan manik di atasnya.

Chocolate
Bahan-bahan
Cokalat masakan (2 ketul 1 inci persegi besar)

Cara-cara
1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.
2. Tuangkan di atas cupcake dan biarkan keras.
3. Hiaskan dengan buttercream frosting tadi mengikut kreativiti anda.

*** Dalam hal saya tadi, tak sabar-sabar nak hias, tak tunggu pun coklatnya kering. Tu yg jadik berselerak habis. Ekstrak limau pun terlebih letak sikit, jadik krim icing pun berair. Teruslah jadik tak kemas.

Walau camne pun, I really had enjoyed myself baking and decorating

Muffin Pisang

Bahan-bahan
250 gm mentega
1 cawan gula
3 biji pisang berangan masak yang dilenyek
2 sudu teh vanila
4 biji telur
4 cawan tepung naik sendiri (Self-raising flour)
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
Manik hiasan berbentuk bintang (boleh diubah mengikut suka hati)

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah celsius. Griskan acuan dengan marjerin.
2. Dalam mangkuk besar pukul mentega dan gula hingga gebu.
3. Campurkan pisang, vanila dan telur. Pukul rata lagi.
4. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, baking soda dan garam.
5. Gaul rata dengan menggunakan spatula secara perlahan-lahan mengikut satu arah pusingan sahaja.
6. Masukkan ke dalam acuan sebanyak separuh penuh sahaja, taburkan manik di atasnya.
7. Bakar di antara 20 hingga 25 minit, ataupun cucuk dengan lidi kecil. Sekiranya lidi bersih apabila ditarik keluar, ini bermakna muffin sudah masak.
8. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas untuk minum petang.