Thursday, November 6, 2008

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan
2 cawan butter (disejukkan ke suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor (diayak)
3 biji telur
300 ml air sejuk (dari peti sejuk)
2 1/2 cawan tepung serbaguna (diayak)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecl bikarbonat soda (diayak)

Cara-cara
1. Panaskan oven setinggi 180 darjah celcius selama 15 minit api atas dan bawah.
2. Pukul butter sehingga betul2 kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang dan cantik.
3. Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi kira-kira 1 minit.
4. Masukkan serbuk koko. Pukul lagi kira-kira 1 minit.
5. Masukkan tepung gandum, baking powder dan bikarbonat soda sedikit demi sedikit. Pukul kira-kira 3 minit. Sambil itu kacau-kacau bahagian bawah dan tepi mangkuk.
6. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Pukul lagi dengan slow speed selama kira-kira 1 minit.
7. Griskan loyang pembakar dengan marjerin dan masukkan bancuhan kek tadi.
8. Bakar selama kira-kira 60 minit. Cucuk kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih, maknanya kek dah masak.

Topping (Cocoa Buttercream Frosting)

Bahan-bahan
1 1/2 cawan mentega (disejukkan ke suhu bilik)
3/4 cawan coklat masakan (dicairkan secara double boiler)
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan gula icing (diayak)
4 sudu besar susu Ideal
Chocolate rice

Cara-cara
1. Pukul mentega selama kira-kira 4 minit sehingga betul-betul kembang.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul selama kira-kira 4 minit lagi sehingga betul-betul sebati. Gunakan speed medium.
3. Masukkan coklat masakan yang telah dicairkan. Pukul rata kira-kira 2 minit. Sambil itu kacau-kacau bahagian bawah dan tepi mangkuk.
4. Masukkan ekstrak vanila. Bancuhan akan kelihatan kering sedikit. Masukkan susu Ideal sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga bancuhan nampak ringan dan fluffy.
5. Tutup bancuhan icing ni dengan kain yang telah dibasahkan sehingga bila tiba masa nak guna.
6. Tunggu kek tadi sejuk dan hiaskan ikut creativiti. Boleh taburkan coklat rice jika suka. Untuk kek saya ini, sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 8, tiba-tiba ada idea nak decorate lak, mula-mula ingat nak tabur chocolate rice tu gitu2 aje..hehe..

** Bancuhan icing bleh disimpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga 2 minggu. Pukul semula bancuhan bila hendak digunakan.

No comments: