Thursday, November 6, 2008

Ikan Masak Asam Pedas Style Kampung

Bahan-bahan
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia (dimayang)
3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, sedikit belacan (dikisar)
7 sudu besar lada kering dikisar
Air asam jawa secukupnya..(tengok banyak mana ikannya)
Daun kesum (aku suka daun ni, so aku letak bebanyak)
Air
Garam
Minyak
Ikan

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebentar, dan masukkan bahan-bahan yang dimayang. Tumis sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan lada kering yang telah dikisar. Kacau sebentar dan masukkan daun kesum. Tumis lagi sehingga pecah minyak, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan ikan. Kacau rata. Selepas lada dan ikan telah mesra, masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit. Biarkan sebentar kira-kira 3 minit.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Letak garam secukupnya. Kacau rata selama kira-kira 2 minit.
6. Hidangkan.

No comments: