Thursday, November 6, 2008

Acar Buah Epal dan Peach

Bahan-bahan

Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang halus)
Lada kering (diblender)
Serbuk kari
Cuka epal
Gula
Buah epal, buah peach, kismis (kat LA payah nak cari buah-buahan Asia daaa...terpaksa la guna buah-buahan omputih )
Cili api (diketuk)
Minyak (banyak sedikit)

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
2. Gunakan api yang kecil. Masukkan lada kering dan serbuk kari. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Tambahkan gula dan cuka epal. Biarkan lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan buah-buahan dan cili api. Masak sehingga pekat. Gunakan api yang kecil.
5. Hidangkan bersama nasi panas atau sedap dimakan begitu sahaja.

No comments: