Thursday, November 6, 2008

Vanila Cupcake

Ini percubaan pertama buat cupcakes dan hias guna icing. Hasilnya tak la cantik pun, tapi memandangkan 1st time, kira bangga la jugak

Vanilla Cupcake

Bahan-bahan
2 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) (diayak)
1 cawan gula (diblender dan diayak)
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji telur putih (bersaiz besar)
1/2 cawan shortening
1 cawan susu segar
2 biji telur (bersaiz besar)
1 1/2 sudu esen vanila

Cara-cara
1. Panaskan oven setinggi 180 celcius selama 15 minit, api atas dan bawah.
2. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
3. Selepas kembang, masukkan tepung, gula shortening, susu dan esen vanilla, dan pukul dengan kelajuan sederhana lagi selama 3 minit.
4. Masukkan putih telur dan telur, dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 3 minit, ataupun sehingga adunan menjadi smooth dan fluffy.
5. Letakkan acuan kertas di dalam dulang pembakar. Masukkan adunan tadi kira-kira 1/2 daripada acuan kertas.
6. Bakar selama kira-kira 20 minit ataupun cucuk lidi. Jika lidi keluar bersih, bermakna kek telah dimasak.
7. Keluarkan dari dulang dan letakkan atas jaring untuk disejukkan.

Topping
Saya buat 2 jenis topping sebab nak gembirakan anak bujang. Dia suka sangat dengan decoration pada cake.

Buttercream Frosting
Bahan-bahan
1/2 cawan mentega (telah disejukkan pada suhu bilik)
2 cawan gula icing
3 sudu besar susu segar
1 sudu teh ekstrak limau
1 sudu teh parutan kulit limau
sedikit pewarna kuning
sedikit manik berwarna-warni

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang
2. Campurkan susu, ekstrak limau, parutan kulit limau dan pewarna kuning.
3. Pukul sehingga fluffy.
4. Hiaskan di atas cupcake dengan bentuk putar (guna nozzle nombor 19) dan taburkan manik di atasnya.

Chocolate
Bahan-bahan
Cokalat masakan (2 ketul 1 inci persegi besar)

Cara-cara
1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.
2. Tuangkan di atas cupcake dan biarkan keras.
3. Hiaskan dengan buttercream frosting tadi mengikut kreativiti anda.

*** Dalam hal saya tadi, tak sabar-sabar nak hias, tak tunggu pun coklatnya kering. Tu yg jadik berselerak habis. Ekstrak limau pun terlebih letak sikit, jadik krim icing pun berair. Teruslah jadik tak kemas.

Walau camne pun, I really had enjoyed myself baking and decorating

No comments: