Thursday, November 6, 2008

Muffin Pisang

Bahan-bahan
250 gm mentega
1 cawan gula
3 biji pisang berangan masak yang dilenyek
2 sudu teh vanila
4 biji telur
4 cawan tepung naik sendiri (Self-raising flour)
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
Manik hiasan berbentuk bintang (boleh diubah mengikut suka hati)

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah celsius. Griskan acuan dengan marjerin.
2. Dalam mangkuk besar pukul mentega dan gula hingga gebu.
3. Campurkan pisang, vanila dan telur. Pukul rata lagi.
4. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, baking soda dan garam.
5. Gaul rata dengan menggunakan spatula secara perlahan-lahan mengikut satu arah pusingan sahaja.
6. Masukkan ke dalam acuan sebanyak separuh penuh sahaja, taburkan manik di atasnya.
7. Bakar di antara 20 hingga 25 minit, ataupun cucuk dengan lidi kecil. Sekiranya lidi bersih apabila ditarik keluar, ini bermakna muffin sudah masak.
8. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas untuk minum petang.

No comments: