Thursday, November 6, 2008

Kari Ayam Dengan Bendi

Bahan-bahan
Ayam
Santan kelapa (boleh ganti fresh milk)
Serbuk kari
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Rempah penumis (Bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
Bendi
2 biji tomato (dibelah 4)
Air asam jawa secukupnya
Minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dimayang. Selepas agak garing, masukkan rempah penumis.
2. Bila wangi, tumiskan serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air.
3. Bila pecah minyak, masukkan ayam. Balik-balikkan sehingga rata. Masukkan sedikit santan supaya tak terlalu kering. Tutup periuk.
4. Selepas kira-kira 3, 4 minit, kacaukan sekali lagi ayam. Tambahkan air asam jawa secukupnya.Gaul rata.
5. Masukkan santan. Tutup semula periuk. Biar hingga mendidih.
6. Apabila ayam agak2 empuk, masukkan sayur bendi.
7. Masak sehingga ayam empuk dan sayur bendi lembut. Tambahkan tomato.
8. Gaul rata sekejap, dan siap untuk dihidang.

No comments: