Thursday, November 6, 2008

Ayam Bakar

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dibuang segala isi dalaman)
Bawang putih
Halia
Kicap masin
Sos tiram
Madu
Kentang
Serbuk kari
Garam

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga hancur. Perah dan ambil airnya.
2. Gaul air itu bersama-sama kicap masin, sos tiram dan madu.
3. Marinate pada ayam. Simpan dalam bekas tertutup dan biarkan di peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam.
4. Rebuskan kentang.
5. Lenyekkan kentang dan gaul bersama serbuk kari dan juga garam.
6. Ambil ayam dan sumbatkan gaulan kentang tadi di dalam ayam. Tutup bukaan dengan sekeping lidi.
7. Bakar di dalam oven dengan suhu setinggi 150'C selama kira-kira sejam atau sehingga ayam cukup masak.
8. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

No comments: