Thursday, November 6, 2008

Lontong

Bahan-bahan
Ketupat Mini NONA
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih (dimayang halus)
Halia (dimayang halus)
3 inci lengkuas dan 3 batang serai (diketuk)
Santan daripada sebiji kelapa
Udang
Kobis (diracik)
Lobak merah (diracik)
Kacang panjang (dipotong pendek lebih kurang setengah inci)
5 keping tauhu (digoreng dan dipotong kecil)
3 keping tempee (digoreng dan dipotong kecil)
2 peket suun dan tahu kering (direndam dalam air seketika, kemudian toskan)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak.

Cara-cara
1. Ketupat MiniNONA direbus mengikut arahan pada peket. Lepas masak, toskan dan sejukkan dalam peti.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau. Masukan lengkuas dan serai, tumis lagi.
3. Masukkan santan, udang dan sedikit serbuk kunyit. Biarkan hingga mendidih. Sesekali kacau periuk.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan kobis, lobak merah, kacang panjang, tauhu, tempee, suun dan tauhu kering.
5. Biarkan hingga sayur masak. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Biar masak seketika dan selepas itu boleh dihidangkan.

No comments: