Thursday, November 6, 2008

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1 cawan air
Daun bawang (dipotong panjang-panjang kira-kira 1 inci)
Minyak untuk menggoreng
Garam

Bahan-bahan dimayang
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan untuk kuah
2 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar sos tiram
sedikit air
- ketiga-tiga bahan ini dibancuh bersama

Cara-cara
1. Panaskan minyak di atas kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang.
2. Setelah wangi, masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Gaul bersama bahan-bahan penumis dan tambahkan air. Tutup kuali sebentar dan biarkan ayam empuk.
3. Selepas kira-kira lima minit, tambahkan campuran tepung jagung dan sos tiram tadi. Gaul sampai rata.
4. Masukkan garam secukup rasa, dan daun bawang.
5. Gaul lagi sehingga sekata.
6. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi panas-panas.

No comments: