Thursday, November 6, 2008

Ayam Masak Lemak Kuning

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 16
Sedikit serbuk kunyit
Minyak
Garam
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Santan daripada 1 biji kelapa
3 biji kentang

Bahan-bahan dimayang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan dikisar
A:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

B:
5 tangkai lada merah
5 tangkai lada kering

Bahan-bahan dititik
2 batang serai
1 inci lengkuas

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar A:
3. Selepas kira-kira 1 minit, masukkan bahan-bahan yang dimayang dan tumis sekali. Gaul rata kira-kira 2 minit.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar B:
5. Masukkan daun kunyit, serai dan lengkuas. Gaul rata. Tunggu sehingga pecah minyak.
6. Masukkan ayam yang telah dipotong 16. Gaul rata selama kira-kira 3 minit. Biarkan sebentar.
7. Masukkan pati santan. Selepas itu masukkan kentang. Tambahkan asam keping dan serbuk kunyit. Gaul rata.
8. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.
9. Setelah mendidih, tambahkan baki santan. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.
10. Hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi ataupun ketupat ketika hari raya.

No comments: