Wednesday, December 3, 2008

Rou Daging Bakar

Resepi berinspirasikan rancangan masakan Guy Fieri di Food Network channel. Tapi dah diubahsuai mengikut citarasa oriental.

Bahan-bahan
Daging (potong besar-besar)
Bawang besar (potong kiub besar-besar)
Halia (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Celeri (potong kecil-kecil, dlm 5mm)
Kentang (potong besar-besar)
Cendawan butang (dihiris kasar)
Stok daging (lebih kurang 500ml)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk halia
Sedikit serbuk paprika
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak zaiton

Cara-caranya
1. Panaskan minyak zaiton.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging. Gaul rata. Biarkan seketika dalam seminit dua.
4. Masukkan celeri, cendawan butang dan kentang. Gaul rata.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk halia, serbuk paprik. Kacau-kacau lagi.
6. Tambahkan stok daging. Gaul dan rasa sedikit. Jika perlu, tambahkan garam.
7. Masukkan sedikit tepung gandum. Gaul rata.
8. Tuang ke dalam pan bakar dan masukkan ke dalam oven.
9. Bakar dengan suhu 180'C selama kira-kira 1 jam 30 minit.
10. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau roti atau pun diratah begitu sahaja.

4 comments:

Mat Gebu said...

Salam tuan rumah, terima kasih kerana singgah blog mat...i link ur blog yea...eh Rou daging bakar tu mengiurkan sungguh...

Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

TQ...berbesar hati la cik mat gebu sudi singgah :D Rou tu habis dan2 tu gak, cik abe kerjakan, hehe..

Unknown said...

hari ni nak buat lagi..bulan posa lepas ina dah buat sekali and huby suka :)

Ahmad Javanese said...

iza. mana nak dapek stok2 ni ek? stok daging, stok ayam, stok sayuran.... maksud aku yg bukan dalam botol maggi atau serbuk nye :D

ke ko buat sendirik?