Wednesday, January 14, 2009

Sugar Cookies

Bahan-bahan Untuk Cookies

1 cawan mentega (dibiarkan ke suhu bilik)
1 cawan gula kisar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan whipping cream

Cara
1. Putar mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan gula kisar, dan putar lagi sehingga bebetul kembang.
2. Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla. Putar lagi hingga kembang. Ketepikan adunan.
3. Ayak tepung serba guna dan baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi, berselang seli dengan whipping cream. Uli sehingga menjadi doh.
4. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di peti sejuk selama kira-kira 2 hingga 3 jam, atau sehingga doh agak mengeras.
5. Panaskan oven dengan suhur 175'C. Letak kertas minyak di atas dulang pembakar, atau oleskan dengan marjerin/mentega.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk dan canaikan sehingga kira-kira setebal suku inci. Cetak doh dengan acuan yang disukai. Letakkan doh yang telah dicetak di atas dulang pembakar. Jarakkan kira-kira 1 inci di antara doh cookies.
7. Bakar kira-kira 12 hingga 14 minit di dalam oven, ataupun sehingga bawah dan tepi2 cookie berwarna agak keperangan. Alihkan daripada loyang pembakar dan sejukkan di atas jaringan.

Bahan-bahan Untuk Sugar Cookies Icing

2 cawan gula icing
8 sudu teh susu
8 sudu teh light corn syrup
1/2 sudu teh esen badam (almond)
pelbagai pewarna makanan

Cara
1. Gaulkan gula icing dengan susu sehingga rata.
2. Masukkan light corn syrup dan esen badam dan pukul sehingga icing menjadi halus dan berkilat.
3. Sekiranya icing terlalu keras, campurkan lagi light corn syrup (sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki)
4. Bahagi2kan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut suka.
5. Lukiskan icing pada cookies yang telah disejukkan tadi.

** Pastikan cookies telah bebetul sejuk sebelum dilukis. Jangan jadi macam saya, tak sabar-sabar nak lukis, habis kembang gula icingnya :D

Wednesday, January 7, 2009

Kek Lightning McQueen

Celebrated Harith's birthday last Saturday. Baked chocolate moist cake. Bakar dalam character pan McQueen yang dibeli khas ketika di L.A. Guna buttercream icing untuk hiasan. Huruf-huruf Happy Birthday dibuat daripada fondant yang diadun daripada Wilton's Sugarpaste Mix, menggunakan pencetak huruf, juga daripada Wilton.

Saturday, December 6, 2008

Ikan Stim Ala Hong Kong

Bahan-bahan
Ikan
Garam
Serbuk lada hitam
Bawang putih (dimayang)
Halia (dimayang)
Minyak zaitun
Kicap masin
Lada benggala merah (mayang halus)
Lobak merah (mayang halus)
Brokoli

Cara-cara
1. Lumurkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa pada ikan.
2. Sumbat sedikit bawang putih dan halia di mulut ikan, dan taburkan selebihnya di atas ikan.
3. Kukus ikan selama 15 hingga 20 minit. (Bila mata ikan dah putih, maknanya ikan dah masak). Ketepikan.
4. Panaskan minyak zaitun. Masukkan lada benggala merah, lobak merah dan brokoli. Kacau seketika kira-kira satu minit. (Lebih lama kalau suka sayur masak, dalam kes saya, saya suka makan sayur yg separuh mentah dan rangup)
5. Masukkan kicap masin secukupnya. (Kira-kira 5 sudu besar).
6. Matikan api. Ambil kuah kicap itu dan tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.
7. Hidangkan.

Wednesday, December 3, 2008

Rou Daging Bakar

Resepi berinspirasikan rancangan masakan Guy Fieri di Food Network channel. Tapi dah diubahsuai mengikut citarasa oriental.

Bahan-bahan
Daging (potong besar-besar)
Bawang besar (potong kiub besar-besar)
Halia (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Celeri (potong kecil-kecil, dlm 5mm)
Kentang (potong besar-besar)
Cendawan butang (dihiris kasar)
Stok daging (lebih kurang 500ml)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk halia
Sedikit serbuk paprika
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak zaiton

Cara-caranya
1. Panaskan minyak zaiton.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging. Gaul rata. Biarkan seketika dalam seminit dua.
4. Masukkan celeri, cendawan butang dan kentang. Gaul rata.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk halia, serbuk paprik. Kacau-kacau lagi.
6. Tambahkan stok daging. Gaul dan rasa sedikit. Jika perlu, tambahkan garam.
7. Masukkan sedikit tepung gandum. Gaul rata.
8. Tuang ke dalam pan bakar dan masukkan ke dalam oven.
9. Bakar dengan suhu 180'C selama kira-kira 1 jam 30 minit.
10. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau roti atau pun diratah begitu sahaja.

Tuesday, November 11, 2008

Ayam Pistachio

Bahan-bahan
Ayam (dipotong kecil)
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih (dimayang halus)
Halia (dimayang halus)
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Serbuk halia
Sejambak bunga kobis
Segenggam pistachio (dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
Sos tiram
Sos tomato
Garam secukup rasa
Cendawan kering (direndam dalam air sebentar, ditos dan dipotong kecil)
Minyak

Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk halia, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Goreng, toskan minyak dan ketepikan sebentar.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
3. Masukkan bunga kubis. Masak hingga agak lembut. (Jangan terlalu lama..biarkan bunga kubis rangup, lagi sedap).
4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sebentar.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
6. Masukkan cendawan kering. Gaul rata. Biarkan hingga cendawan masak (kira-kira 2 minit aje dah cukup).
7. Masukkan pistachio yang telah ditumbuk. Lagi banyak lagi best. Gaul rata.
8. Taburkan garam secukup rasa. (Tak perlu banyak sebab sos tiram dan sos tomato dah masin). Gaul rata. Biarkan selama kira-kira 1 minit.
9. Hidangkan.

Udang Goreng Bersayur

Bahan-bahan
Udang
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih(dimayang halus)
Seleri (dipotong pendek-pendek lebih kurang 1cm)
Lobak merah (dihiris nipis)
Tomato ceri (dipotong 2)
Air limau nipis
Mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara-cara
1. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan dimayang sehingga naik bau.
2. Msukkan seleri dan lobak merah. Goreng hingga agak lembut.
3. Masukkan udang. Gaul rata. Goreng hingga udang masak. (jangan terlalu lama, nanti kureng sedap)
4. Masukkan tomato ceri dan air limau nipis.
5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Gaul rata, biarkan sebentar kira-kira 1 minit.
7. Hidangkan.

Friday, November 7, 2008

Puding Roti

Bahan-bahan
3 cawan susu segar
7 keping roti putih
Kismis
Anggur (dipotong kecil)
Gula halus
1 biji telur ayam
1 sudu besar tepung jagung
Mentega

Cara-cara
1. Koyak-koyakkan roti dan rendam di dalam susu segar selama 1 jam.
2. Campurkan telur ayam, tepung jagung dan gula halus. Kacau sebati.
3. Tambahkan kepada rendaman roti.
4. Masukkan kismis dan anggur. Gaul rata.
5. Sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
7. Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga puding masak.
8. Sejukkan di dalam peti sejuk.
9. Potong kecil dan hidangkan.