Wednesday, January 14, 2009

Sugar Cookies

Bahan-bahan Untuk Cookies

1 cawan mentega (dibiarkan ke suhu bilik)
1 cawan gula kisar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan whipping cream

Cara
1. Putar mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan gula kisar, dan putar lagi sehingga bebetul kembang.
2. Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla. Putar lagi hingga kembang. Ketepikan adunan.
3. Ayak tepung serba guna dan baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi, berselang seli dengan whipping cream. Uli sehingga menjadi doh.
4. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di peti sejuk selama kira-kira 2 hingga 3 jam, atau sehingga doh agak mengeras.
5. Panaskan oven dengan suhur 175'C. Letak kertas minyak di atas dulang pembakar, atau oleskan dengan marjerin/mentega.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk dan canaikan sehingga kira-kira setebal suku inci. Cetak doh dengan acuan yang disukai. Letakkan doh yang telah dicetak di atas dulang pembakar. Jarakkan kira-kira 1 inci di antara doh cookies.
7. Bakar kira-kira 12 hingga 14 minit di dalam oven, ataupun sehingga bawah dan tepi2 cookie berwarna agak keperangan. Alihkan daripada loyang pembakar dan sejukkan di atas jaringan.

Bahan-bahan Untuk Sugar Cookies Icing

2 cawan gula icing
8 sudu teh susu
8 sudu teh light corn syrup
1/2 sudu teh esen badam (almond)
pelbagai pewarna makanan

Cara
1. Gaulkan gula icing dengan susu sehingga rata.
2. Masukkan light corn syrup dan esen badam dan pukul sehingga icing menjadi halus dan berkilat.
3. Sekiranya icing terlalu keras, campurkan lagi light corn syrup (sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki)
4. Bahagi2kan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut suka.
5. Lukiskan icing pada cookies yang telah disejukkan tadi.

** Pastikan cookies telah bebetul sejuk sebelum dilukis. Jangan jadi macam saya, tak sabar-sabar nak lukis, habis kembang gula icingnya :D

Wednesday, January 7, 2009

Kek Lightning McQueen

Celebrated Harith's birthday last Saturday. Baked chocolate moist cake. Bakar dalam character pan McQueen yang dibeli khas ketika di L.A. Guna buttercream icing untuk hiasan. Huruf-huruf Happy Birthday dibuat daripada fondant yang diadun daripada Wilton's Sugarpaste Mix, menggunakan pencetak huruf, juga daripada Wilton.

Saturday, December 6, 2008

Ikan Stim Ala Hong Kong

Bahan-bahan
Ikan
Garam
Serbuk lada hitam
Bawang putih (dimayang)
Halia (dimayang)
Minyak zaitun
Kicap masin
Lada benggala merah (mayang halus)
Lobak merah (mayang halus)
Brokoli

Cara-cara
1. Lumurkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa pada ikan.
2. Sumbat sedikit bawang putih dan halia di mulut ikan, dan taburkan selebihnya di atas ikan.
3. Kukus ikan selama 15 hingga 20 minit. (Bila mata ikan dah putih, maknanya ikan dah masak). Ketepikan.
4. Panaskan minyak zaitun. Masukkan lada benggala merah, lobak merah dan brokoli. Kacau seketika kira-kira satu minit. (Lebih lama kalau suka sayur masak, dalam kes saya, saya suka makan sayur yg separuh mentah dan rangup)
5. Masukkan kicap masin secukupnya. (Kira-kira 5 sudu besar).
6. Matikan api. Ambil kuah kicap itu dan tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.
7. Hidangkan.

Wednesday, December 3, 2008

Rou Daging Bakar

Resepi berinspirasikan rancangan masakan Guy Fieri di Food Network channel. Tapi dah diubahsuai mengikut citarasa oriental.

Bahan-bahan
Daging (potong besar-besar)
Bawang besar (potong kiub besar-besar)
Halia (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Celeri (potong kecil-kecil, dlm 5mm)
Kentang (potong besar-besar)
Cendawan butang (dihiris kasar)
Stok daging (lebih kurang 500ml)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk halia
Sedikit serbuk paprika
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak zaiton

Cara-caranya
1. Panaskan minyak zaiton.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging. Gaul rata. Biarkan seketika dalam seminit dua.
4. Masukkan celeri, cendawan butang dan kentang. Gaul rata.
5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk halia, serbuk paprik. Kacau-kacau lagi.
6. Tambahkan stok daging. Gaul dan rasa sedikit. Jika perlu, tambahkan garam.
7. Masukkan sedikit tepung gandum. Gaul rata.
8. Tuang ke dalam pan bakar dan masukkan ke dalam oven.
9. Bakar dengan suhu 180'C selama kira-kira 1 jam 30 minit.
10. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau roti atau pun diratah begitu sahaja.

Tuesday, November 11, 2008

Ayam Pistachio

Bahan-bahan
Ayam (dipotong kecil)
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih (dimayang halus)
Halia (dimayang halus)
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Serbuk halia
Sejambak bunga kobis
Segenggam pistachio (dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
Sos tiram
Sos tomato
Garam secukup rasa
Cendawan kering (direndam dalam air sebentar, ditos dan dipotong kecil)
Minyak

Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk halia, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Goreng, toskan minyak dan ketepikan sebentar.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
3. Masukkan bunga kubis. Masak hingga agak lembut. (Jangan terlalu lama..biarkan bunga kubis rangup, lagi sedap).
4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sebentar.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
6. Masukkan cendawan kering. Gaul rata. Biarkan hingga cendawan masak (kira-kira 2 minit aje dah cukup).
7. Masukkan pistachio yang telah ditumbuk. Lagi banyak lagi best. Gaul rata.
8. Taburkan garam secukup rasa. (Tak perlu banyak sebab sos tiram dan sos tomato dah masin). Gaul rata. Biarkan selama kira-kira 1 minit.
9. Hidangkan.

Udang Goreng Bersayur

Bahan-bahan
Udang
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih(dimayang halus)
Seleri (dipotong pendek-pendek lebih kurang 1cm)
Lobak merah (dihiris nipis)
Tomato ceri (dipotong 2)
Air limau nipis
Mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara-cara
1. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan dimayang sehingga naik bau.
2. Msukkan seleri dan lobak merah. Goreng hingga agak lembut.
3. Masukkan udang. Gaul rata. Goreng hingga udang masak. (jangan terlalu lama, nanti kureng sedap)
4. Masukkan tomato ceri dan air limau nipis.
5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Gaul rata, biarkan sebentar kira-kira 1 minit.
7. Hidangkan.

Friday, November 7, 2008

Puding Roti

Bahan-bahan
3 cawan susu segar
7 keping roti putih
Kismis
Anggur (dipotong kecil)
Gula halus
1 biji telur ayam
1 sudu besar tepung jagung
Mentega

Cara-cara
1. Koyak-koyakkan roti dan rendam di dalam susu segar selama 1 jam.
2. Campurkan telur ayam, tepung jagung dan gula halus. Kacau sebati.
3. Tambahkan kepada rendaman roti.
4. Masukkan kismis dan anggur. Gaul rata.
5. Sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
7. Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga puding masak.
8. Sejukkan di dalam peti sejuk.
9. Potong kecil dan hidangkan.

Ayam Goreng Berlado

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil
Garam
Serbuk kunyit
Bawang merah (dimayang halus)
Lada merah (diblender kasar-kasar)
Sedikit minyak

Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan lada merah. Gaul rata. Biarkan hingga lada masak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa. Gaul rata.
5. Hidangkan.

Kari Terung

Bahan-bahan
Terung (dipotong-potong)
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih ((dimayang halus)
Halia (dimayang halus)
Serbuk kari (digaul dengan sedikit air)
Sedikit air asam jawa
Lada hijau
Tomato ceri
Sedikit rempah penumis (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Minyak
Santan
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang dan rempah penumis hingga naik bau.
2. Masukkan campuran serbuk kari dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan terung. Gaul rata.
4. Tambahkan santan. Masak hingga mendidih dan terung agak lembut.
5. Masukkan lada hijau dan tomato ceri. Biarkan seketika hingga semua bahan masak. (Lada hijau boleh dipotong dua jika suka pedas).
6. Tambahkan garam secukup rasa dan gaul rata.
7. Hidangkan.

Puding Telur Dengan Strawberry

Bahan-bahan untuk puding telur
4 biji telur
2 cawan susu segar
2 cawan air
1 cawan gula
strawberry (dipotong dua)

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan susu segar, air dan gula.
3. Masukkan dalam acuan dan kukus sehingga masak. (Lebih kurang setengah jam)
4. Setelah masak, sejukkan.
5. Hias bersama strawberry.
6. Ketika menghidangkan, tuangkan sos gula perang untuk dimakan bersama.

Sos gula perang
1/2 cawan gula perang
Sedikit air
- Masak sehingga semua gula cair dan agak pekat

Thursday, November 6, 2008

Spaghetti Boloignese

Bahan-bahan
Spaghetti
Bawang besar (dipotong dadu)
Sos/pes salsa
Sos tomato
Daging cincang
Tomato ceri (dipotong dadu)
Sedikit serbuk oregano
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa)
Daun parsley (dimayang halus)
Sedikit minyak
Sedikit air

Cara-cara
1. Rebus spaghetti hingga masak dan tuang sedikit minyak di dalamnya. Toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan sos/pes salsa dan sos tomato. Gaul rata.
4. Masukkan daging cincang. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air. Biar hingga daging empuk.
6. Tambahkan serbuk oregano, tomato ceri, garam dan serbuk lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan seketika.
8. Hidangkan spaghetti dan tuang adunan daging di atasnya. Hiaskan dengan daun parsley.

Salad Ayam

Bahan-bahan
Kepingan dada ayam (tanpa kulit)
Mentega
Bawang putih
Gula perang

Cara-cara
1. Panaskan mentega.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
3. Gorengkan kepingan dada ayam. Balik-balikkan.
4. Setelah masak, taburkan sedikit gula perang di atas ayam.
5. Biarkan seketika hingga gula menyerap pada ayam.
6. Angkat ayam dan biarkan sejuk. Potong dadu.

Salad
Lettuce (dipotong halus)
Lettuce perang (dipotong halus)
Seleri (dipotong halus)
Strawberry (potong dadu)
Anggur (potong dadu)
Sedikit kacang pistachio (diketuk halus)
3 sudu besar mayonaise
1 sudu besar thousand island dressing
1 sudu besar jus limau nipis
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan di atas dengan rata bersama-sama kepingan ayam tadi.

Kerabu Nangka

Bahan-bahan
Bawang merah
Lobak merah
Lettuce
Lettuce merah
Seleri
Cili padi
Nangka
(Semua bahan di atas perlu dimayang halus-halus)

Cuka epal
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan rata-rata dan hidangkan.

Ayam Sos Tiram Dengan Cendawan Shitake

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil-kecil
Serbuk kunyit
Garam
Bawang merah d(dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Halia (dimayang)
Sos tiram
Kicap masin
Sos tomato
Serbuk lada hitam
Brokoli (dipotong-potong)
Tomato ceri (dipotong dua)
Cendawan kering (direndam dan ditos airnya)
Lada merah dan lada hijau (dihiris halus)
Sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Goreng ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam sehinga separuh masak.
2. Tumiskan bahan-bahan dimayang sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap masin (agak-agak la banyaknya). Kacau seketika.
4. Tambahkan sedikit sos tomato (sikit aje..kalu tak kang masam pulak lauk ni). Kacau seketika.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Biarkan hingga ayam cukup masak.
6. Masukkan brokoli, tomato ceri, hirisan lada dan cendawan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam.
7. Gaul rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
8. Hidangkan.

Salmon In White Sauce

Bahan-bahan
Filet ikan salmon
Sedikit minyak zaiton
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sejambak brokoli
Lobak merah (dipotong kasar)
Sedikit butir jagung.

Bahan untuk White Sauce
Sedikit mentega
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (diracik halus)
1 cawan susu segar
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan untuk Mashed Potato
Kentang
Mentega
Bawang putih (diketuk hingga halus)
Susu segar

Cara-cara

1. Gaulkan filet ikan salmon bersama lada hitam dan garam. Goreng dengan minyak zaiton sehingga masak.
2. Panaskan mentega.
3. Tumiskan bawang besar sehingga layu.
4. Campurkan tepung gandum. Kacau sehingga tepung gandum lekat pada bawang.
5. Masukkan susu segar, lada hitam dan garam.
6. Biarkan sehingga mendidih. Kacau sesekali.
7. Rebus brokoli, lobak merah dan butir jagung. Tambahkan sedikit mentega. (Ini untuk side dish).
8. Untuk mashed potato: Rebus kentang, dan setelah masak, toskan air rebusan. Kemudian lenyekkan hingga hancur.
9. Tambahkan bawang putih, mentega dan susu segar. Masak seketika. (Ini untuk side dish)
8. Hidangkan filet ikan bersama-sama side-dishes dan tuang white sauce di atas filet ikan.

Ayam Tandoori

Bahan-bahan
Ayam
Pes tandoori
Paprika
Yogurt
Garam

Cara-cara
1. Perapkan ayam bersama-sama pes tandoori, sedikit serbuk paprik dan yogurt.
2. Tambahkan sedikit garam jika perlu.
3. Bakar dalam oven dengan suhu setinggi 150'C selama kira-kira setengah jam. Jika suka tandoori kering, bakar lama sedikit.
4. Letak di atas hiasan lettuce dan hirisan tomato.
5. Hidangkan. Sedap dimakan bersama roti atau nasi.

Ayam Bakar

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dibuang segala isi dalaman)
Bawang putih
Halia
Kicap masin
Sos tiram
Madu
Kentang
Serbuk kari
Garam

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga hancur. Perah dan ambil airnya.
2. Gaul air itu bersama-sama kicap masin, sos tiram dan madu.
3. Marinate pada ayam. Simpan dalam bekas tertutup dan biarkan di peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam.
4. Rebuskan kentang.
5. Lenyekkan kentang dan gaul bersama serbuk kari dan juga garam.
6. Ambil ayam dan sumbatkan gaulan kentang tadi di dalam ayam. Tutup bukaan dengan sekeping lidi.
7. Bakar di dalam oven dengan suhu setinggi 150'C selama kira-kira sejam atau sehingga ayam cukup masak.
8. Hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

Lontong

Bahan-bahan
Ketupat Mini NONA
Bawang merah (dimayang halus)
Bawang putih (dimayang halus)
Halia (dimayang halus)
3 inci lengkuas dan 3 batang serai (diketuk)
Santan daripada sebiji kelapa
Udang
Kobis (diracik)
Lobak merah (diracik)
Kacang panjang (dipotong pendek lebih kurang setengah inci)
5 keping tauhu (digoreng dan dipotong kecil)
3 keping tempee (digoreng dan dipotong kecil)
2 peket suun dan tahu kering (direndam dalam air seketika, kemudian toskan)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak.

Cara-cara
1. Ketupat MiniNONA direbus mengikut arahan pada peket. Lepas masak, toskan dan sejukkan dalam peti.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau. Masukan lengkuas dan serai, tumis lagi.
3. Masukkan santan, udang dan sedikit serbuk kunyit. Biarkan hingga mendidih. Sesekali kacau periuk.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan kobis, lobak merah, kacang panjang, tauhu, tempee, suun dan tauhu kering.
5. Biarkan hingga sayur masak. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Biar masak seketika dan selepas itu boleh dihidangkan.

Udang Sambal Tomato

Bahan-bahan

Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Udang
Lada kering (diblender)
Sos tomato
Garam
Air
Minyak
Bawang besar (dipotong bulat)
Tomato (dipotong2)
Hirisan daun parsley

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang.
2. Masukkan lada diblender dan sos tomato. Gaul dan biar seketika hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaul rata. Tambahkan sedikit air. Tutup pan dan biarkan hingga udang masak.
4. Masukkan potongan bawang besar dan tomato. Gaul rata dan biar seketika.
5. Hidangkan dan taburkan hirisan daun parsley.

Acar Buah Epal dan Peach

Bahan-bahan

Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang halus)
Lada kering (diblender)
Serbuk kari
Cuka epal
Gula
Buah epal, buah peach, kismis (kat LA payah nak cari buah-buahan Asia daaa...terpaksa la guna buah-buahan omputih )
Cili api (diketuk)
Minyak (banyak sedikit)

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
2. Gunakan api yang kecil. Masukkan lada kering dan serbuk kari. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Tambahkan gula dan cuka epal. Biarkan lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan buah-buahan dan cili api. Masak sehingga pekat. Gunakan api yang kecil.
5. Hidangkan bersama nasi panas atau sedap dimakan begitu sahaja.